Threads integrasi skor masa nyata untuk EURO 2024

Amanz
Jun 17, 2024 05:30 MYT
Selari dengan acara kejohanan EURO 2024 yang berlangsung, Threads turut mengintegrasikan sokongan data dan skor masa nyata untuk kejohanan berkenaan. -Amanz
THREADS kini mula mengintegrasikan sokongan sejumlah data nyata pada platform mereka.
Terbaharu, selari dengan acara kejohanan EURO 2024 yang berlangsung, Threads turut mengintegrasikan sokongan data dan skor masa nyata untuk kejohanan berkenaan.
Sekiranya melakukan carian berkaitan EURO 2024 pada platform Threads, ia kini akan memaparkan skor untuk perlawanan terkini pada bahagian paling atas.
Ia diikuti dengan perkongsian pengguna pada platform berkenaan untuk kata kunci berkenaan.
Selain EURO 2024, Threads juga dilihat telah mula menambah skor masa nyata untuk beberapa perlawanan bola keranjang sebelum ini.
Mungkin bergerak ke hadapan, kita akan melihat Threads mengintegrasikan lebih banyak informasi dan data semasa melalui platform mereka – sekali gus menyaingi penawaran platform X. -Amanz
#Threads #Euro 2024 #skor masa nyata #menyaingi penawaran platform X