#ThankYouLCCT: Warga Twitter kongsi cadangan masa depan bangunan LCCT
Syafique Shuib
Mei 8, 2014 16:10 MYT
Mei 8, 2014 16:10 MYT
Muzium, pusat komersial dan hotel merupakan antara cadangan yang diterima meja digital Astro AWANI setelah kami membuka cadangan kepada pengikut @501Awani di Twitter mengenai perancangan masa depan terhadap bangunan lapangan terbang LCCT lama setelah ia dikosongkan.
Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) itu akan ditutup hari ini kerana syarikat penerbangan tambang rendah akan beroperasi sepenuhnya di KLIA2.
Pembidaan LCCT bermula pada tahun 2005 dan disiapkan satu tahun selepas itu dengan kos RM108 juta. Terminal berkenaan khusus untuk penumpang yang memilih untuk menaiki penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, Tiger Airways, Cebu Pacific Air dan Firefly.
Pada hari ini, AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest akan memulakan operasi di KLIA2.
Antara cadangan yang diterima:
Pada masa yang sama, orang ramai turut berkongsi kenangan menarik mereka ketika di LCCT: