Thaipusam meriah di Pulau Pinang
Astro Awani
Januari 17, 2014 21:22 MYT
Januari 17, 2014 21:22 MYT
Lebih 200,000 penganut agama Hindu di Pulau Pinang, kebanyakannya dari wilayah utara, membanjiri kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga untuk membayar nazar.
Tinjauan Astro Awani mendapati keadaan di sekitar kawasan itu penuh sesak dan jumlah pengunjung dijangka bertambah sehingga lewat malam ini.
Sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung dari Pulau Pinang, Perak, Kedah dan tidak terkecuali para pelancong asing yang teruja dengan sambutan unik Thaipusam.