Thailand mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu penyakit berjangkit berbahaya dan memberikan kuasa yang lebih kepada pihak berkuasa untuk memerangi dan mengawal penularan virus tersebut dengan lebih berkesan.
Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Kebangsaan telah mengesahkan perkara itu dengan memasukkan COVID-19 kepada senarai 13 lagi penyakit berjangkit berbahaya.
Perkara ini berdasarkan kepada peruntukan dalam Seksyen 5 dan 6 Akta Penyakit Berjangkit dan disiarkan di dalam 'Warta diRaja' pada Sabtu. Ia akan mula berkuat kuasa pada Ahad.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata, pengumuman itu akan memberikan kuasa kepada pihak berkuasa kesihatan bertindak dengan lebih cepat dan berkesan untuk mengekang penularan tersebut.
"Penyenaraian COVID-19 sebagai penyakit berjangkit berbahaya bukan bertujuan untuk menimbulkan keresahan, tetapi untuk membantu pihak berkuasa kesihatan mengawal penularan virus itu," katanya pada taklimat harian mengenai COVID-19 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, tindakan itu akan membolehkan pihak berkuasa kesihatan dan pegawai terbabit untuk mengeluarkan arahan menahan dan mengkuarantin mereka yang disyaki pesakit COVID-19 menjalani rawatan dan memberikan kuasa kepada gabenor dengan persetujuan jawatankuasa untuk menutup sementara venue yang terjejas oleh virus tersebut.
Thailand pada Sabtu mengesahkan satu kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 42. Kes itu melibatkan seorang jurujual warga Thailand berusia 21 tahun.
Sehingga kini daripada 42 kes yang disahkan COVID-19, 28 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang, sementara 14 masih lagi menjalani rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020

Anutin (kiri) mengedarkan topeng penutup mulut dan hidung kepada orang ramai di stesen keretapi di Bangkok, Thailand, 7 Feb, 2020. (Foto AP/Fail)
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Penggunaan kanabis akan diputuskan sebelum akhir tahun - KJ
Thailand telah banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu akan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya.

Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand
Pengedaran itu diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang dengan misi untuk menanam minat terhadap ganja kepada awam.

Thailand perhebat vaksinasi di empat wilayah selatan
Kementerian Kesihatan akan mengedarkan satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech ke empat wilayah selatan pada bulan ini.

Thailand sedia lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan pada September
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).

Jepun akan sumbang vaksin COVID-19 kepada Thailand
Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeenca COVID-19 kepada Thailand dan penghantarannya dijadual pada Julai.

Vaksin COVID-19: Thailand mulakan kembali program vaksin AstraZeneca
Perdana Menteri Prayuth Chan O-Cha dan anggota kabinet antara yang terawal menerima suntikan AstraZeneca.

Thailand mulakan program vaksinasi minggu ini
Thailand akan menerima kumpulan pertama 200,000 daripada 2 juta dos vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal China itu hari ini.

COVID-19: Thailand pertama kali lulus vaksin keluaran AstraZeneca
Vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan pada Rabu dan lesen import dan pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun.

Thailand peroleh tambahan 2 juta dos vaksin COVID-19
Thailand memperoleh tambahan sekurang-kurangnya dua juta dos vaksin COVID-19 yang akan dihantar antara Februari dan April ini, kata Timbalan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.

Gelembung perjalanan Thailand kecualikan pelancong santai asing
Thailand merancang membuka semula pintunya di bawah gelembung perjalanan kepada pelawat perniagaan dan pekerja profesional namun pelancong santai asing dikecualikan.