TH saran orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' di Telegram

Bernama
Jun 12, 2023 13:10 MYT
TH dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer di aplikasi Telegram.
TH dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.
TH menasihati pendeposit mereka untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah terutamanya daripada pihak ketiga.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919.
-- BERNAMA
#Tabung Haji #mangsa scammer #Telegram #skim pelaburan
;