Tetap salur kepada Kelantan

Astro Awani
Februari 11, 2013 07:03 MYT
Lebih 20 masjid baru telah dibina oleh kerajaan pusat di Kelantan sejak 2008. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, kerajaan pusat juga turut membaik pulih lebih 100 masjid dan surau seluruh Kelantan
Mustpha berkata, kerajaan pusat tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya dalam soal yang melibatkan kepentingan rakyat walaupun Kelantan di bawah pentadbiran Pas.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek sumbangan kerajaan pusat bernilai RM500,000 kepada Masjid Mentuan yang sedang dalam pembinaan.
Masjid berkenaan menelan kos RM1 juta. Pembinaanya bermula sejak 2010 hasil sumbangan orang ramai
#Datuk Seri Mustapha Mohamed #Kelantan #Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri #PRU-13 #PRU13
;