Tetamu akad nikah di Bukit Indera Muda diminta hubungi Pejabat Kesihatan SPT

Bernama
September 8, 2020 22:50 MYT
Pengarah Kesihatan negeri Dr Asmayani Khalib. - Gambar fail
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini meminta tetamu yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lepas agar menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah (SPT).
Pengarah Kesihatan negeri Dr Asmayani Khalib berkata ini susulan seorang tetamu di majlis itu disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar tetamu yang hadir pada majlis berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, tular satu notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT meminta semua tetamu di majlis akad nikah berkenaan menghubungi bilik gerakan pejabat kesihatan itu menerusi talian 04-5397884.
-- BERNAMA
#akad nikah #Alor Setar #Asmayani Khalib #bilik gerakan #Bukit Mertajam #Hospital #jabatan kesihatan #notis #Pejabat Kesihatan Daerah SPT #pulau pinang #Seberang Perai Tengah #SPT #tetamu #Tular
;