Tetak bapa saudara sebab caj baiki motosikal mahal
Sinar Harian
September 14, 2021 07:15 MYT
September 14, 2021 07:15 MYT
MERSING: Gara-gara tidak berpuas hati dengan caj membaiki motosikal yang dikenakan terlalu mahal, seorang lelaki sanggup menetak pemilik bengkel yang juga bapa saudaranya dalam satu kejadian di Jalan Jemaluang, Mersing Kecil pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6 petang apabila suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an masuk ke bahagian kaunter dan bertindak menyerang mangsa yang berusia 61 tahun.
Menurutnya, suspek kemudian menetak mangsa hingga mengakibatkan kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan sebelum melarikan diri.
"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang dan suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari sama.
"Mangsa telah dirawat di Hospital Mersing," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
*Berita asal di Sinar Harian