KUALA LUMPUR: Langkah proaktif dan bertanggungjawab secara individu perlu diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua terpelihara apabila berada di khalayak ramai.
Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk di masjid dan di kawasan awam lain.
"Alhamdulillah, hari ini saya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan SOP yang teratur dan ketat. Kita perlu sentiasa mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab secara individu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua terpelihara apabila kita berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan di kawasan awam lain.
"Berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus COVID-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini. Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, " katanya melalui entri terbaharu di laman sosial Facebooknya pada Jumaat.
Justeru beliau berharap rakyat tidak berhenti berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Allah kerana itulah sifat hamba-Nya yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan atas kurniaan yang Maha Esa.
"Jika kita sentiasa berpandu kepada jalan Allah, Al-Quran dan Sunnah, saya yakin dan percaya hidup kita akan lebih tenang dan bermakna.
"Do not do what you feel is right. Do what Allah say is right. Do what is right. Kepada Allah jualah kita berserah," ujarnya.
Astro Awani
Fri Aug 20 2021
Muhyiddin berkata dengan berpandukan kepada jalan Allah, al-Quran dan Sunnah, beliau yakin dan percaya hidup akan lebih tenang dan bermakna. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Anggota Kabinet sementara Pakistan angkat sumpah
Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaarul Haq Kakar telah melantik 18 Anggota Kabinet sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.
Pakistan lantik Perdana Menteri sementara
Pakistan melantik Anwarul Haq Kakar sebagai perdana menteri sementara dan memantau pilihan raya umum pada Sabtu.
Bencana Gunung Jerai: Muhyiddin gesa bantuan digerakkan segera
Muhyiddin berharap agar kerajaan negeri Kedah serta agensi berkaitan, dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk yang terjejas.
Calon PM ke-9: GPS dijangka sokong Ismail Sabri - Penganalisis politik
Ia susulan kepercayaan terhadap kepimpinan PN yang menyaksikan Sarawak dan Sabah meraih pelbagai manfaat.
Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina
Jawatan Perdana Menteri sementara yang mungkin diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai calon yang lebih baik daripada bekas perdana menteri itu.