Teruskan perjuangan kekalkan keharmonian negara selepas bersara - Mohd Salleh

Bernama
November 12, 2015 07:02 MYT
MOHD SALLEH: Golongan pesara perlu meneruskan perjuangan mengekalkan kemakmuran dan keharmonian negara sebagaimana tugas yang mereka lakukan ketika dalam perkhidmatan. -Gambar fail
Golongan pesara perlu meneruskan perjuangan mengekalkan kemakmuran dan keharmonian negara sebagaimana tugas yang mereka lakukan ketika dalam perkhidmatan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak.
Beliau berkata persaraan membawa pelbagai pengertian dan makna kepada setiap penjawat awam.
"Justeru, dunia persaraan perlu dicorak dan diwarnai dengan aktiviti yang bermanfaat dan bermakna. Saya berharap semua tetap meneruskan perjuangan murni untuk mengekalkan negara yang makmur dan harmoni sebagaimana yang telah dilakukan selama ini," katanya.
Mohd Salleh berkata demikian dalam kata-kata aluan beliau dalam buku cenderamata majlis 'Jasamu Dikenang 2015' bagi meraikan 359 pesara dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di sini pada Khamis.
Majlis berkenaan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad yang menyampaikan cenderamata kepada pesara berkenaan.
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia #pesara #salleh said
;