Terserempak ular sawa 100kg semasa hendak menoreh getah

Vivi Sumanti
Jun 3, 2020 19:53 MYT
Ular sawa seberat 100kg yang berjaya ditangkap di Kampung Lawar, Jeli. - APM
Seorang penoreh getah dalam perjalanan ke kebun terkejut kerana menemui seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) di Kampung Lawar, di sini, pagi Rabu.
Ular terbabit dijumpai berhampiran sebatang anak sungai sekitar jam 9.30 pagi tadi.
Pengawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jeli, Leftenan (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 pagi.
"Sebaik menerima panggilan, seramai empat anggota diarahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.
"Sejurus tiba, anggota dibantu Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dan penduduk kampung," katanya kepada media, pada Rabu.
Ahmad Suhaizi berkata, pihaknya akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat.
"Saya juga ingin nasihat penduduk kampung terutamanya penoreh getah agar sentiasa berhati -hati dengan keselamatan keadaa sekeliling," katanya.
#angkatan pertahanan awam #APM #jeli #Kelantan #penoreh getah #ular sawa
;