Tersalah tafsir? 'Fantasticlah' Najib ini - Tun Dr. Mahathir
Rahimah Abdullah
Ogos 8, 2019 19:11 MYT
Ogos 8, 2019 19:11 MYT
Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyifatkannya tersalah tafsir maksud sebenar 'Cash Is King'.
Pada masa sama Perdana Menteri mempersoalkan kenapa Najib tidak berkata demikian pada waktu itu.
Beliau juga menyifatkan Najib sebagai terdesak sehingga sanggup memutarbelitkan kenyataannya demi kepentingan diri.
“Fantasticlah Najib ni. Dia kata kononnya makna lain tetapi dulu kenapa dia tidak kata. Kenapa dia tidak buat. Kalau 'Rakyat Is King' pergi layan la rakyat.
"Bukan dengan bagi duit. Namun, bila dia sudah terjerat tak boleh nak kata apa. Dia kata bukan tu maknanya. Dia cakap lain,” katanya kepada wartawan Malaysia di Fukuoka pada Khamis.
BACA: Najib belanja RM606.51 juta dalam tiga tahun
Justeru, beliau percaya rasa bijak menilai apa yang cuba dilakukan Najib.
“Dr Mahathir ni jahat. Dia tukar makna. Dia tidak explain pun dekat saya bila dia bercakap dekat saya tu.
“Tidak logiknya, 'Cash Is King' konon Rosmah dapat duit beli beg, beli apa semua. Yang mana rakyat dapat? Yang rakyat dapat tu bribery untuk nak dapat sokongan. Takkanlah rakyat bodoh sangat,” ujarnya.
Dalam satu wacana anjuran Penerangan UMNO Malaysia, Najib berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah tersalah tanggap maksud sebenar “Cash Is King”, sehingga timbul persepsi negatif terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinannya sebelum ini.
Najib berkata “duit adalah segala-galanya” yang beliau maksudkan ialah menolong rakyat dan bukan maknanya secara harfiah.