KUALA TERENGGANU: Minat yang mendalam terhadap senibina tradisional Melayu mendorong seorang usahawan untuk mengumpul dan menghimpunkan rumah tradisional yang berusia lebih ratusan tahun.
Namun siapa menyangka minat mengumpul kediaman lama itu mampu menjadi perniagaan buat Alex Lee Yun Ping, di mana koleksi rumah lama itu juga bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong yang bertandang ke negeri Terengganu.
Lokasi himpunan rumah itu dikenali sebagai Terramalai, atau Tanah Senibina Melayu, menyediakan beberapa jenis rumah tradisional berusia lebih 100 tahun dari negeri-negeri di semenanjung.
Usahawan berketurunan Cina peranakan Terengganu berusia 52 tahun itu berkata, idea dan impian untuk mengumpul rumah warisan telah tersimpan sejak awal tahun 90-an lagi.
Menerusi itu dia mula mencari dan merisik kediaman warisan dari seluruh semenanjung Malaysia untuk dipelihara dan diperkenalkan kepada orang ramai.
Nyata usaha itu membuahkan hasil dan setakat ini tiga buah rumah negeri yang menelan kos lebih RM1 juta telah didirikan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit.
Lebih menarik, rumah warisan negeri itu bukan sahaja boleh dilawati malah orang ramai juga boleh menginap dan mendalami keunikan rumah negeri mengikut pilihan mereka.
“Kita sudah membangunkan tiga unit rumah tradisional iaitu Rumah Terengganu, Rumah Kelantan dan Rumah Negeri Sembilan. Ia turut dilengkapi hiasan dalaman artifak unik bagi negeri masing-masing.
“Apabila pelancong mengunjungi rumah ini, sebagai contoh Rumah Terengganu, mereka akan dapat menikmati suasana keindahan hiasan dan keunikan di Terengganu,” katanya kepada Astro AWANI.
Himpunan rumah purba mengikut negeri itu dijangka akan dibuka kepada pengunjung Jun ini.
Jelasnya selain kediaman warisan yang berusia ratusan tahun, Terramalai ini juga akan lengkapi dengan lima buah istana lama.
Pastinya keunikan senibina yang terukir di rumah mewakili setiap negeri di Malaysia itu mampu memikat orang ramai untuk melihatnya secara dekat.
Bercerita lanjut bersama Astro AWANI, Alex berkata, Terramalai ini juga merupakan kesinambungan selepas kejayaannya membina Terrapuri Heritage Village di Kampung Mangkuk, Setiu.
Tambahnya, jika di Terrapuri mempamerkan keindahan istana zaman dahalu, Terramalai ini pula mencetuskan warisan untuk rumah tradisional secara setempat di kawasan seluas 1.012 hektar.
Nur Fazlizai Ali
Sat Mar 13 2021
Keunikan senibina yang terukir di rumah mewakili setiap negeri di Malaysia itu mampu memikat orang ramai untuk melihatnya secara dekat. - Astro AWANI
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Rumah tradisional Melayu tarikan terbaharu Terengganu
Himpunan rumah purba mengikut negeri yang dikenali dengan terramalai itu dibina di kampung pengkalan atap, batu rakit.