Terpulang kepada Selangor kalau mereka boleh ambil alih tanah kuil - PM

Diyana Ibrahim
November 29, 2018 13:38 MYT
Tegas Dr Mahathir, Putrajaya tidak akan mencampuri urusan tanah kuil tersebut kerana ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Terpulang kepada Selangor jika mereka mahu mengambil alih tanah kuil kontroversi Sri Maha Mariamman kerana ia sememangnya terletak di bawah bidang kuasa negeri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, beliau berkata isu perpindahan tanah kuil itu masih lagi terikat dengan arahan mahkamah.
“Kita masih terikat dengan keputusan mahkamah, kalau kerajan negeri nak lakukan, mereka kena ambil tindakan kalau mereka boleh ambil alih tanah,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan sebuah portal yang memetik daripada sumber mendakwa Selangor akan mengambil alih tanah itu.
Tegasnya, Putrajaya tidak akan mencampuri urusan tanah kuil tersebut kerana ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kita tidak ada kuasa , kita cuma ada hak perkara berkaitan rusuhan," tambahnya.
#Dewan Rakyat #jenayah #kerajaan #kuil sri maha mariamman #Mahathir Mohamad #menteri #Perdana Menteri #perkauman #Selangor
;