ALOR GAJAH: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM78,000 selepas terperdaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Arshad Abu berkata guru teknologi maklumat dan komunikasi (IT) di syarikat swasta yang berusia 27 tahun itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatApps daripada seorang individu bernama 'Yasmin' pada 31 Mac lepas pada 5.57 petang ketika berada di rumahnya di sini.
"Suspek telah menawarkan kerja untuk pengadu membuat ulasan di tempat-tempat yang terdapat dalam Google Maps dan mangsa bersetuju serta menjalankan tugas sepertimana yang diarahkan.
"Semasa menjalankan tugasnya, guru terbabit diarahkan untuk membuat bayaran ke dalam akaun bank terlibat untuk tujuan membantu menambah keyakinan pelabur terhadap syarikat dan mangsa membuat pembayaran atas dasar pelaburan kepada syarikat suspek," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa melakukan pindahan wang miliknya secara berperingkat pada 1 dan 2 April berjumlah RM78,000 ke dalam akaun yang diberikan.
Arshad berkata mangsa kemudian menyedari bahawa dirinya telah ditipu dan membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah semalam.
Beliau berkata bagaimanapun, selepas laporan polis dibuat, mangsa hanya menerima wang sebanyak RM46 dan dijanjikan akan dibayar lagi kemudian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihak polis juga ingin mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan tawaran sedemikian.
"Masyarakat juga diminta supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 untuk tindakan pantas menyekat wang yang diserahkan kepada sindiket penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Suspek telah menawarkan kerja untuk pengadu membuat ulasan di tempat-tempat yang terdapat dalam Google Maps, dan mangsa bersetuju. - Gambar hiasan

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Serangan kecurian data bank meningkat 196% pada 2024 - Kaspersky
Penjenayah siber kini lebih agresif menyebarkan perisian hasad untuk mencuri maklumat perbankan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Lapan individu didenda RM6,000 setiap seorang, tawar kerja tidak wujud
Lapan individu masing-masing didenda RM6,000 atas pertuduhan melakukan penipuan dalam menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian, minggu lepas.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.

Ketiadaan integriti, manipulasi kewangan mampu lenyapkan kekayaan syarikat - Pakar
Individu tiada integriti yang berada dalam kedudukan tinggi dan mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kedudukan dengan memperdaya pihak lain dalam organisasi.