KLANG: Bermain dengan rakannya menjadi punca seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh masuk ke dalam sebuah kontena dan terkunci, sebelum ditemukan di dalam kontena tersebut di Pelabuhan Barat di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
"Berdasarkan keterangan daripada mangsa menjelaskan semasa bermain bersama kawan di Bangladesh, dia telah masuk ke dalam kontena dan terkunci.
"Kita telah merujuk kes itu kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Hoong Fong berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kes kanak-kanak lelaki warga asing dijumpai di dalam kontena di Pelabuhan Barat di sini, pada Selasa.
"Kita menerima laporan itu daripada seorang lelaki yang juga pekerja operasi perkapalan berusia 43 tahun pada jam 1.53 petang, Rabu," katanya.
Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 9 malam, Selasa, semasa pengadu menguruskan kapal masuk di Dermaga Pelabuhan Barat serta pemeriksaan sebuah kontena mendapati seorang kanak-kanak lelaki warga asing berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
"Semakan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang identiti pengenalan diri. Siasatan lanjut mendapati sebuah kapal telah bertolak dari Chittagong, Bangladesh pada 12 Januari lalu dengan membawa kontena yang mengandungi muatan barangan am dan tiba di Pelabuhan Barat pada Selasa," katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai telah masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh di Chittangong, Bangladesh.
"Rawatan telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ke atas mangsa dan doktor mengesahkan mangsa dalam keadaan stabil," katanya.
Pada Khamis, video mengenai penemuan kanak-kanak itu tular di media sosial selepas dipercayai terkunci di dalam kontena berkenaan selama enam hari.
Video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota Polis Bantuan pelabuhan tersebut.
Berdasarkan maklumat sumber, salah seorang kakitangan pelabuhan itu mendakwa terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena, sebelum menjumpai kanak-kanak tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023

Pada Khamis, video mengenai penemuan kanak-kanak warga Bangladesh ini tular di media sosial selepas dipercayai terkunci di dalam kontena selama enam hari.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).