Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth hari ini atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM3.3 juta berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Guan Eng membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan itu semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu diantara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR .
Beliau melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh di penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Amad Akram Gharib, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram.
Manakala Guan Eng diwakili barisan peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V. Vemal Arasan.
Hakim membenarkan jaminan dilaksanakan bersama kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu RM1 juta dan dua orang penjamin bagi pertuduhan tersebut dan pasport antarabangsa serta pasport diplomatik diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan sebutan kes pada 9 September 2020.
Guan Eng juga akan berdepan satu lagi pertuduhan di bawah akta sama bersabit kes lain pada Selasa.
Sebelum ini beliau berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) akta sama dan turut mengaku tidak bersalah atas pendakwaan tersebut.
Beliau dituduh menerima suapan balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Pada Ahad 26 Julai lalu, Setiausaha Agung DAP itu hadir ke ibu pejabat SPRM untuk kali ketiga bagi memberi keterangan berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.
Beliau meninggalkan bangunan SPRM pada jam 7 malam ditemani Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer selepas lapan jam memberi keterangan.
Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan bagi projek berkenaan.
Pada 3 Julai, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya dalam fasa akhir menyiapkan terhadap siasatan projek itu.
Katanya, kertas siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya tindakan lanjut.
Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 10 2020
![Terowong Pulau Pinang: Guan Eng mengaku tidak bersalah terima suapan RM3.3 juta Terowong Pulau Pinang: Guan Eng mengaku tidak bersalah terima suapan RM3.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597024279_HBREAKLIMGUANENGMAH.jpg)
Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth hari ini atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM3.3 juta berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Gobind cadang perkenal akta baharu bendung buli siber Gobind cadang perkenal akta baharu bendung buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717754606_GobindSinghDeo.jpg)
Gobind cadang perkenal akta baharu bendung buli siber
Pengenalan akta baharu menunjukkan kerajaan serius dalam hal mencari jalan penyelesaian untuk masalah buli siber.
![Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720673475_tbGobindSinghDeo.jpg)
Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind
Perkara ini perlu dipandang serius bagi meningkatkan keyakinan pengguna bahawa data peribadi mereka adalah selamat.
![Pelaburan sektor kandungan digital naik kepada RM1.6 bilion pada 2023 - Gobind Pelaburan sektor kandungan digital naik kepada RM1.6 bilion pada 2023 - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620311978_GobindSinghDeo.jpg)
Pelaburan sektor kandungan digital naik kepada RM1.6 bilion pada 2023 - Gobind
Gobind Singh Deo berkata lebih 1,900 pekerjaan berpendapatan tinggi telah dapat diwujudkan dalam sektor ini pada tahun yang sama.
![Denda RM1 juta: RUU Perlindungan Data Peribadi dibentang di Dewan Rakyat Denda RM1 juta: RUU Perlindungan Data Peribadi dibentang di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720599210_GobindSinghDeo.jpg)
Denda RM1 juta: RUU Perlindungan Data Peribadi dibentang di Dewan Rakyat
RUU Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720528243_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber
Fahmi berkata langkah itu bagi mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membawa perkara berkaitan ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Kabinet lulus cadangan pindaan Akta 709, jangka bentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini Kabinet lulus cadangan pindaan Akta 709, jangka bentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Kabinet lulus cadangan pindaan Akta 709, jangka bentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini
Pindaan itu perlu bagi memastikan perundangan perlindungan data peribadi di Malaysia selaras dengan piawaian, perubahan serta perkembangan undang-undang global.
![Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996947_GobindSinghDeojpg.jpg)
Kerjasama kerajaan, industri perkukuh keselamatan siber negara - Gobind
Kerjasama antara kerajaan dengan pihak industri menerusi dialog, perbincangan dan perkongsian pendapat penting dalam usaha memperkukuh keselamatan dan mengawal jenayah siber di negara ini.
![Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719475040_GobindSinghDeo.jpg)
Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind
Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025.