Terowong Genting Sempah ditutup 60 hari mulai Selasa

Bernama
Januari 6, 2017 20:55 MYT
Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara selama 60 hari mulai 8 pagi hingga 5 petang bermula Selasa ini. - Gambar panoramio.com
Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara selama 60 hari mulai 8 pagi hingga 5 petang bermula Selasa ini.
Syarikat Anih Berhad dalam kenyataan hari ini berkata laluan itu perlu ditutup untuk kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan dalam terowong berkenaan.
"Laluan hala barat akan ditutup kepada lalu lintas bermula 10 Jan hingga 16 Feb manakala arah timur akan ditutup bermula 20 Feb hingga 22 Mac.
"Laluan akan dibuka seperti biasa dari 6 petang hingga 7 pagi," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah akan diaktifkan sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.
"Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam," kata kenyataan itu.
Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111.
-- BERNAMA
#LPT #Syarikat Anih Berhad #Terowong Genting Sempah
;