Terokai dunia di skrin besar dengan Sooka TV Stick

Umavathi Ramayah
Jun 11, 2024 19:32 MYT
Euan Smith berkata, gabungan TV Stick dengan pelan premium Sooka itu menjadikan penstriman lebih mudah. - Foto Azrul Rafie
KUALA LUMPUR: Jenama penstriman terkemuka Malaysia, Sooka melancarkan Sooka TV Stick yang dipenuhi ciri-ciri baharu serta menakjubkan.
Peranti penstriman inovatif itu kini membolehkan pelanggan kini menikmati kandungan Sooka kegemaran mereka pada skrin besar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, gabungan TV Stick dengan pelan premium Sooka itu menjadikan penstriman lebih mudah.
"Alat ini cukup menakjubkan, anda hanya perlu sambung alat ini kepada televisyen, aktifkan internet dan sedia untuk ditonton.
"Dunia kini berada di hujung jari. Pakej kami meliputi keseluruhan program sukan seperti Liga Malaysia mahupun EPL. Astro juga terkenal sebagai pusat sukan termasuk sepak takraw dan kami di Astro sentiasa menambah pilihan kandungan sedia ada.
"'Astro juga menawarkan 70 saluran untuk pelanggan termasuk kandungan untuk kanak-kanak serta program-program dari Korea dan Asia. Selain itu kami juga menayangkan segmen realiti. Jadi duduk, tenang dan nikmati pengalaman yang menakjubkan," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Euan menambah, pengguna bulanan aktif Sooka turut meningkat 23 peratus kepada 1 juta manakala pelanggan VIP meningkat dua kali ganda daru tahun ke tahun.
Beliau yakin ia dipacu dengan pertambahan pilihan kandungan pemasaran yang lebih bersasar.
Sooka TV Stick kini boleh didapati tanpa kos dengan pelan premium 12 bulan dan pelanggan bakal menikmati penjimatan sehingga RM440.
#sooka tv stick #sooka televisyen #astro holding #Euan Smith
;