Terma pendaftaran sekolah persendirian termasuk sekolah tahfiz mungkin akan diubah

Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 2, 2017 10:17 MYT
MAHDZIR: Kita boleh dapat maklumat dari negeri-negeri berhubung berapa jumlah sekolah-sekolah tahfiz sebelum proses selanjutnya dimulakan.
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memikirkan terma dan rujukan baharu berhubung dengan pendaftaran sekolah aliran agama persendirian termasuk sekolah tahfiz.
Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, beliau telahpun bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir berhubung perkara itu semalam.
Rentetan daripada itu perbincangan seterusnya akan diadakan di peringkat pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dan Jakim dalam masa terdekat.
“Kalau dah dapat dia punya term of reference, kita boleh dapat maklumat dari negeri-negeri berhubung berapa jumlah sekolah-sekolah tahfiz sebelum proses selanjutnya dimulakan di sana," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Multaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 2017 di Putrajaya.
#Islam #JAKIM #Jamil Khir #Kementerian Pendidikan #kerajaan #Mahdzir Khalid #pendidikan #sekolah #sekolah persendirian #tahfiz