Terlanggar kipas Bersatu, lelaki mahu 'claim motor' daripada Tun M

Sinar Harian
September 17, 2018 17:42 MYT
Kipas tertera logo parti yang dikatakan menjadi punca kemalangan seorang lelaki di Persiaran Kayangan. -Foto Sinar Harian
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengarahkan pengurusan rasmi parti itu meneliti kes seorang lelaki yang dikatakan terbabit kemalangan di bulatan Persiaran Kayangan, di sini disebabkan terlanggar puluhan kipas tertera logo parti itu.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter, lelaki dikenali sebagai Vzezul itu mendakwa dia yang menunggang motosikal terlanggar kipas tertera perkataan ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang bertaburan di atas jalan raya.
“Tadi saya kemalangan dekat bulatan Kayangan Shah Alam sebab benda ni. Mohon retweet sampai Tun M nampak. Aku nak claim (tuntut) motor aku,” muat turunnya dalam hantaran ke laman Twitter itu yang menerima 6,202 perkongsian, komen serta emoji netizen.
Hantaran itu dibalas akaun Twitter rasmi milik Dr Mahathir yang meminta laman rasmi PPBM untuk melihat perkara itu dan menghubungi lelaki tersebut.
“Dear @PPBMofficial, please look into this matter and contact this gentleman.Thank you (Kepada @PPBMofficial, tolong lihat perkara ini dan hubungi lelaki tersebut. Terima kasih,” katanya membalas status dihantar Vzezul sebelum itu.

Tadi saya accident dekat round about kayangan shah alam sebab benda ni . Mohon RT sampai Tun M nampak . Aku nak claim motor aku . @chedetofficial pic.twitter.com/bRUCJuzUKx

— Vzezul (@CankQul) September 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dear @PPBMofficial, please look into this matter and contact this gentleman. Thank you.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lelaki itu kemudian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan @chedetofficial dan @PPBMofficial berhubung perkara tersebut.
“Thanks for your concern regarding this matter . I hope that @PPBMofficial take the necessary steps in order to prevent this things from happening again and reimburse me the cost of my motorcycle and inability to continue working delivering food through FoodPanda due to this accident (Terima kasih atas keprihatinan berhubung perkara itu.
"Saya harap @PPBMofficial ambil langkah wajar untuk elak perkara ini berlaku lagi dan bayar balik kos motor kerana tidak dapat terus bekerja sebagai penghantar makanan melalui FoodPanda kerana kemalangan ini),” katanya.

Thanks for ur concern regarding this matter . I hope that @PPBMofficial take the necessary steps in order to prevent this things from happening again and reimburse me the cost of my motorcycle and inability to continue working delivering food through FoodPanda due to this acciden https://t.co/QQSZ8pZg8s

— Vzezul (@CankQul) September 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam komennya, Vzezul turut menyatakan dia hanya mahu menarik perhatian perdana menteri selepas kakinya cedera akibat kemalangan itu.
“Tak ada niat nak menimbulkan perbalahan,” katanya selepas ada netizen yang cuba mengaitkan status dihantarnya dengan tujuan politik.
#kemalangan #kipas #Mahathir Mohamad #Persiaran Kayangan #PPBM #shah alam #Vzezul
;