'Terkorbannya seorang wira demi negara' - Netizen
Kohilah Sekaran
Disember 17, 2018 23:10 MYT
Disember 17, 2018 23:10 MYT
"Terkorbannya seorang wira demi negaranya..." Itu antara luahan rakyat Malaysia di media sosial susulan berita kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 Isnin malam di Institut Jantung Negara (IJN).
Netizen yang sebelum ini menyampaikan doa kesihatan buat anggota bomba berusia 24 tahun itu, kini diselubungi kesedihan. Ucapan takziah kini membanjiri media sosial.
Rata-rata netizen mengelar Muhammad Adib sebagai seorang wira negara kerana terkorban selepas dipukul teruk ketika melakukan tugas berkaitan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu.
"Terkorbannya seorang wira demi negaranya, beliau Muhammad Adib telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga beliau ditempatkan bersama orang soleh dan beriman. Alfatiha hadiah buat beliau," tweet seorang pengguna Twitter, Aliff Shanusi.
"Alfatihah untuk arwah Muhammad Adib.. walaupun tidak pernah mengenali beliau tetapi berita yang menimpa beliau sangat mnyentuh perasaan semua rakyat Malaysia.. semoga tenang di sana," tweet seorang pengguna, @husnasona.
"Ya Allah sedih sangat dengar berita pemergian saudara Mohd Adib. I believe, this is not what we want. Saya harap pelaku mengaku kesalahan ini, may justice prevail," tweet seorang lagi pengguna, Leena.
"Perginya seorang wira. Takziah buat keluarga saudara Adib."
Netizen juga menyeru pihak berkuasa untuk mencari pelaku dan menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas mereka.
#ahli bomba
#kuil sri maha mariamman
#meninggal dunia
#Muhammad Adib
#rakyat Malaysia
#Subang Jaya
#takziah