TERKINI! Sumber: Bekas pemimpin Malaysia akan terbang ke Indonesia

Astro Awani
Mei 11, 2018 22:43 MYT
Sumber memaklumkan, ada pesawat bakal membawa pemimpin Malaysia ke Indonesia
Menurut sumber, ada sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Sumber tersebut memaklumkan kepada Astro AWANI, nama penumpang yang bakal menaiki pesawat tersebut adalah bekas pemimpin Malaysia serta isterinya.
Pesawat itu dijadual mendarat pukul enam pagi 12 Mei di Subang dan dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pukul 10 pagi 12 Mei.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan pasangan tersebut bakal berlepas ke Indonesia untuk bercuti selama dua hari.
Astro AWANI sedang memantau dengan lebih dekat perkembangan tersebut dari masa ke masa melalui www.astroawani.com/live-tv dan saluran 501.
#1MDB #Barisan Nasional #Halim perdanakusuma #isu semasa #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #papa kilo romeo juliet whisky xray #PKRJX #Subang Skypark
;