TERKINI! Kondominium mewah digeledah lagi - Polis

Astro Awani
Mei 17, 2018 23:45 MYT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu. - Gambar fail
Selepas 18 jam menggeledah di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pasukan polis kini menyambung operasi pencarian di sebuah kondominium mewah di ibu negara malam ini.
Sekumpulan pegawai dan anggota polis dikatakan sedang mengira wang tunai dan mengumpul barang kemas dipercayai milik pemimpin tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan pihaknya membuat serbuan di kondominium mewah tersebut.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bersama puluhan pegawai dan anggota @PDRMsia dilaporkan berada dalam Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/KYxealXqHd

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

10.44pm: Beberapa anggota @PDRMsia yang membawa kamera dan peralatan rakaman digital keluar dari Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/tRPwrl6GZx

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

11.03pm: Sebuah trak polis bersama beberapa kenderaan pegawai dan anggota @PDRMsia keluar daripada Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/7VDuQw58CV

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

10.56pm: Salah seorang anggota @PDRMsia membawa keluar mesin kira wang dari Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/OJF21oGdxC

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) May 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI difahamkan salah seorang anggota polis turun dari kondominium mewah sekitar jam 10.56 malam itu membawa peralatan siasatan termasuk mesin untuk mengira wang.
Sewaktu artikel ini diterbitkan kira-kira jam 11.15 malam tadi, Amar Singh dipercayai masih berada di dalam kondominium itu.
Kru Astro AWANI sedang memantau perkembangan terbaharu di premis berikut untuk mengikuti sidang media bersama Amar Singh di situ sebentar lagi.
#1Malaysia Development Berhad #Amar Singh Ishar Singh #barang kemas #Bukit Aman #duit #Najib Razak #Pavilion #Perdana Menteri #polis #serbuan #wang tunai
;