TERKINI! Kereta polis dilapor memasuki kediaman Najib Razak

Astro Awani
Mei 16, 2018 14:51 MYT
Najib telah memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang Terawih di sebuah masjid di ibu negara di Instagram peribadinya sekitar jam 10.15 malam tadi. - Foto Instagram Najib Razak
Beberapa buah kereta polis dilihat memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara malam tadi.
Menurut sebuah portal tempatan, lebih 10 buah kereta polis memasuki premis bekas Perdana Menteri tersebut sekitar jam 10.15 malam tadi.
Tidak dapat dikenal pasti kehadiran pihak berkuasa di kediamannya.
Sebelum itu, Najib telah memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang Terawih di Masjid Kampung Baru sebelum pulang ke kediamannya sekitar jam 9.50 malam, kira-kira 25 minit sebelum kediamannya dikunjungi rombongan polis itu.
Najib turut memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang di Instagram dan Twitter peribadinya sekitar jam 10.15 malam tadi.
BACA: TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib

Hadis Riwayat Bukhari, esiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.Alhamdulillah malam ini dapat solat sunat terawih di Masjid Kg Baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT. pic.twitter.com/3hb2Be6EHB

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rakan setugas @israrkhalids bersedia di lokasi untuk update perkembangan terkini dari masa ke masa@501Awani

— NisaKasnoon AWANI (@nisakasnoon) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahukan anda ketika anda menonton ucapan awam pertama @anwaribrahim di Padang Timur PJ, sepasukan anggota dan pegawai ketika ini melakukan serbuan di rumah VVIP sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur #100HariMalaysiaBaharu

— Hakim Rahman AWANI (@HakimAstroAWANI) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kru Astro AWANI Israr Khalid dan jurukamera AB Uzza AB Latiff kini berada di kediaman rasmi Najib.

Utk recap, jam 10.15 tadi 6 SUV & 9 kereta Proton Preve PDRM diiringi 2 kereta peronda & 2 motosikal polis masuk ke perkarangan kediaman DS Najib.

— israrkhalid (@israrkhalids) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Petugas media tempatan & luar pun sudah ramai di sini. Masih belum ada lagi maklumat terbaharu. pic.twitter.com/o6KsY1riYK

— israrkhalid (@israrkhalids) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

S/U akhbar DS Najib, DS Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad (berkopiah) tiba dan terus menuju ke kediaman bekas PM di hujung selekoh jalan ini. pic.twitter.com/CH2UoA85RA

— israrkhalid (@israrkhalids) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI difahamkan Peguam Najib, Hasnal Rezua Merican dilihat memasuki kediaman Najib bersama seorang wanita pada jam 11.05 malam tadi.
Dalam perkembangan lain, Bernama melaporkan puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment di ibu negara.

Puluhan anggota & beberapa pegawai kanan Bukit Aman kelihatan di kediaman peribadi @NajibRazak di Pavilion Residence Apartment KL, malam ini pic.twitter.com/fwzsjbYwXt

— BERNAMA (@bernamadotcom) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekitar jam 12.28 tengah malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pasukan polis telah melakukan serbuan untuk menggeledah kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.
#Instagram #Langgak Duta #Najib Razak #Perdana Menteri #polis #sembahyang terawih #Twitter