[TERKINI] Hujan lebat cetus tanah runtuh di Taman Melawati

Amirul Aiman
Oktober 15, 2024 11:45 MYT
Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.
Aliran air deras dari bukit turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk.
Beberapa penduduk turut berkongsikan video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan E6, Taman Melawati susulan hujan lebat yang berlaku sepanjang malam tadi.@501Awani pic.twitter.com/hhpqIHa6nM

— HilalAzmi.nft (@HilalAzmi) October 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyataan awal daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, kejadian itu berlaku sekitar jam 11:42 pagi.
Komander operasi, Shamsul Shahar, yang tiba di lokasi bersama anggota bomba, mengesahkan bahawa runtuhan tanah melibatkan lereng bukit berkeluasan 20x20 meter dengan ketinggian runtuhan mencecah 30 meter.
"Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kediaman. Namun, masih berlaku pergerakan tanah di kawasan kejadian," jelasnya dalam laporan awal.
Setakat ini, pihak berkuasa sedang memantau situasi dengan rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk.
#tanah runtuh #banjir #Pokok tumbang #Taman Melawati #terkini
;