[TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat

Fareez Azman
Mac 7, 2022 16:37 MYT
Imej dari Twitter Radio Astro menunjukkan paras air di Sungai Kelang sudah mula naik. - Foto Twitter Radio Astro
KUALA LUMPUR: Enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin, menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.
Setakat ini, enam kawasan yang dilanda banjir kilat enam itu termasuk terowong (di hadapan) Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.
Beberapa laman sosial turut memaparkan keadaan banjir kilat di Jalan Kuchai Lama.
Trafik Radio Astro turut melaporkan banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang sehubungan hujan lebat berterusan sejak tengah hari Isnin. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati.

Flash floods have been reported in several parts of the Klang Valley following heavy rain this afternoon. Motorists are advised to be careful. Follow our traffic reports at @astrotraffic for the latest updates. Images via social media pic.twitter.com/St1PpvGfIh

— Astro Radio News (@AstroRadioNews) March 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1550 : Berhati-hati ketika memandu. Banjir kilat di sekitar Pusat Bandar. Terowong Tabung Haji Terowong Chan Sow Lin Jalan Pudu Jalan Sri Pemaisuri Jalan Tun Razak Jalan Pahang#kltu

— ITIS DBKL (@ITIS_TRAFIK) March 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Air Sg. Klang/Sg. Ampang telah delencongkan ke Kolam Takungan Berembang. Mode 2 telah diaktifkan pada jam 1558hrs. Kadar alir di pertemuan dua sungai tersebut adalah 70.00 cumecs. @ Pusat Kawalan SMART JPS https://t.co/CaZVxzHIZ5

— Pusat Kawalan SMART JPS (@jps_smart) March 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pusat Kawalan SMART dalam satu perkongsian terbaharu di Twitter rasminya berkata Air Sungai Klang dan Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang, Kampung Berembang di ibu negara.
Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan terkini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berhubung situasi kejadian banjir kilat itu.
#bomba #JBPM #banjir kilat Lembah Klang #PDRM
;