Terkejut ular sawa tersangkut di pagar rumah

Sinar Harian
Ogos 19, 2019 12:48 MYT
Anggota APM Pasir Mas menangkap ular sawa yang tersangkut pada jaring pagar rumah penduduk di Taman Mekasar pagi semalam. - Sinar Harian
Sebuah keluarga di Taman Mekasar di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira dua meter di halaman rumah, pagi tadi.
Reptilia seberat 6 kilogram itu ditemui tersangkut pada jaring pagar rumah.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.38 pagi tadi dan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap ular sawa itu.
#angkatan pertahanan awam #Mohd Arif Mohd Zain #Pasir Mas #Taman Mekasar #terkejut ular sawa #ular sawa