Terkejut ular sawa depan pintu rumah

Sinar Harian
Julai 10, 2018 04:31 MYT
Anggota APM ketika menangkap ular berkenaan. -Sinar Harian
Sebuah keluarga di Kampung Tandop Pisang, Parit Panjang terkejut melihat seekor ular sawa di hadapan kediaman mereka, semalam.
Muhamad Sobri Rodzi, 25, berkata ular berkenaan disedarinya ketika dia mahu membuka pintu jam 7 pagi.
“Terkejut tengok ada ular dekat depan rumah, terus saya suruh mak cik telefon pihak berkuasa minta bantuan.
“Ibu saudara saya hubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) untuk tangkap ular itu.
“Alhamdulilah mereka sampai cepat dan berjaya menangkap ular berkenaan yang dianggarkan seberat 40kg,” katanya.
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #seberat 40kg #Sobri Rodzi #ular sawa