Terjunam dari tingkat dua

Sinar Harian
November 11, 2018 17:04 MYT
Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dinaikinya terjunam dari tempat letak kereta tingkat dua Bangunan Berjaya Waterfront, malam tadi. -Foto Sinar Harian
Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dinaikinya terjunam dari tempat letak kereta tingkat dua Bangunan Berjaya Waterfront, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.15 malam.
"Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Proton Saga FLX terjatuh dari parkir aras dua bahagian belakang Bangunan Berjaya Waterfront.
"Siasatan masih dibuat, buat masa ini kami percaya kenderaan itu telah merempuh tembok sebelum terjatuh ke bawah," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Shahurinain berkata mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans menerusi pertolongan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Mengulas mengenai keadaan pemandu itu, Shahurinain memaklumkan polis tidak mempunyai butiran yang lengkap kerana tiada keluarga mangsa yang tampil.
"Kita tiada butir pemandu, dan status terkini. Sehingga kini mangsa dan keluarganya masih belum membuat sebarang laporan polis," katanya.
#Ambulans #Berjaya Waterfront #jatuh bangunan #Proton #Proton Saga FLX #Shahurinain Jais
;