#TerimaKasihCikgu: 'Tak jemu memberi tunjuk ajar'

Astro Awani
Mei 16, 2015 12:00 MYT
#TerimaKasihCikgu: Warga media sosial kongsi kenangan bersama guru kesayangan mereka.
Media sosial hari ini dipenuhi dengan dedikasi kepada insan yang bergelar guru.
Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei, semua lapisan masyarakat - terutamanya mereka yang dewasa - mengimbas kembali kenangan bersama mereka.
Ia sebagai satu langkah untuk mengingati jasa dan pengorbanan mereka.
Selain kenangan manis dan lucu... pastinya ada yang pernah kena marah dan rotan bukan?
Berikut adalah antara kisah, ucapan dan gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial dengan hashtag #TerimaKasihCikgu:

my mom n dad n semuaaa yg pnah mngajar aku dr tadika smpai degree nih #TerimaKasihCikgu https://t.co/CBUGah64cx

— ILYA (@NurruILya) May 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani ustaz aziz...selalu kena rotan kat bontot dgn dia...rambut oanjang kena gunting...x siap kerja sekolah kena duduk luar

— Syafiq Hashim (@syafiqhashim14) May 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani CIKGU C-ungkil potensi I-stiqamah memberi K-alis diperli G-igih meneladani U-mum ketahui. CNM, 15/5/15

— CNM (@cikgunikmie) May 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#TerimaKasihCikgu @501Awani selamt hri guru cikgu..jasamu di kenang..trima ksh xjemu mmbri tnjuk ajar ... pic.twitter.com/pO3E1FQwue

— fatihahAzmiey (@fatihahfatimiee) May 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ade sorg cikgu mase aku skolah rendah pernah tampar aku sbb aku kena fitnah curi kaler pensel luna kwn. #TerimaKasihCikgu

— A (@ARMIEmechant) May 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#terimakasihcikgu! We've been getting some great tweets. What would you like to thank your favourite teacher for? pic.twitter.com/XuYlHUVN1F

— Teach For Malaysia (@TeachForMsia) May 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#TerimaKasihCikgu terutamanya cikgu2 ustaz2 ustazah2 #SEMESTI #SekMenSainsTelukIntan & #SekRenPermatang #SungaiManik #TelukIntan #Perak /p>— Ajami Hashim (@ajamiha) May 16, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

selamat hari guru kpd guru² di sekolah Sk bukit mentok2, Smk bukit mentok and smk seri dungun #HappyTeachersDay #ThankYou #TerimaKasihCikgu

— Kyle. (@Aqyadriana23) May 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Nakal ckit, kena marah kat cikgu. Now, nakal dan tiada sesiapa marah. miss you teachers #TerimaKasihCikgu

— aquariux (@RfixAfzal) May 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Selamat hari guru " Tadika kemas kg kubang pasu Sk hosba Sk felda bukit tangga Maktab mahmud pokok sena #terimakasihcikgu

— che ton (@studenttilldie) May 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ucapan #TerimaKasihCikgu pemimpin
Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tugas murni guru masih menjadi tunjang utama dalam memastikan generasi kini dan akan datang menjadi insan cemerlang dan mampu meneruskan perjuangan memimpin negara.
Katanya, penat lelah, jerih payah para guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk pelajar mereka.
"Saya masih ingat waktu saya belajar dahulu, guru-guru saya pada ketika itu sangat berdedikasi. Walaupun mereka tegas, namun dalam ketegasan itu terselit rasa kasih dan sayang.

"Penat lelah jerih payah guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik bagi kita." http://t.co/ybWJtgs7T8 pic.twitter.com/FiIMa1NAYn

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Alhamdulillah, saya berada di mana saya berada sekarang berkat hasil didikan mereka," katanya dalam Ucapan Hari Guru bersempena Hari Guru yang disambut esok, di dalam blognya NajibRazak.com.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tugas guru pada hari ini lebih mencabar.
“Ketika negara kita sedang menuju ambang negara maju, di bahu para guru terpikul satu amanah yang besar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu kemajuan negara.
“Murid perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu untuk membolehkan mereka bersaing dalam persekitaran yang lebih kompetitif, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,” katanya yang juga merupakan Menteri Pendidikan.
Tambahnya, tema Hari Guru pada tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" adalah amat bertepatan sekali dengan matlamat melahirkan insan yang seimbang. Saya percaya dengan pelbagai inisiatif yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025, dan sokongan guru-guru dalam menjayakannya, cita-cita murni untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia akan kita capai.
“Kepada guru-guru saya menyeru supaya anda semua berkhidmat dengan lebih gigih, tekun, berdisiplin dan amanah. Saya percaya kegigihan anda semua melaksanakan tugas akan melonjakkan mutu pendidikan di negara kita ke tahap yang terbaik,” katanya.
##Terimakasihcikgu #Hari Guru #media sosial
;