#TerimaKasihCikgu: Pendidik luar bandar perlu cekal bentuk akhlak pelajar

Muhafandi Muhamad
Mei 16, 2015 08:16 MYT
Langkah proaktif seperti program Guru Penyayang serta penubuhan Unit Disiplin Sekolah dilihat dapat membendung permasalahan tersebut. -Foto Fail
Beberapa guru di Kelantan mendedahkan pelbagai pendekatan dilaksana mereka dalam membentuk perwatakan dan intelektual pelajar.
Astro AWANI meninjau warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP) Gua Musang yang tidak pernah mengeluh dalam mendepani murid yang kurang berdisiplin.
Kata mereka, kebiasaannya pelajar yang terlibat dengan masalah akhlak adalah mereka yang mengalami masalah keluarga serta mudah terpengaruh dengan gejala negatif.
Langkah proaktif seperti program Guru Penyayang serta penubuhan Unit Disiplin Sekolah dilihat dapat membendung permasalahan tersebut.
SMKTIP yang ditubuhkan pada tahun 1969 merupakan sekolah tertua di daerah Gua Musang.
Ia mempunyai seramai 127 orang guru dan 1,450 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar pendidikan khas, pelajar arus perdana dan pra universiti.
#Hari Guru #pendidik #SMKTIP
;