#TerimaKasihCikgu: Dulu dan kini
Khairunnisa Kasnoon
Mei 16, 2015 10:06 MYT
Mei 16, 2015 10:06 MYT
Menangani persepsi ibu bapa merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi warga pendidik.
Bagi ibu bapa, guru adalah seorang insan yang sempurna dalam mendidik hingga tidak boleh melakukan kesilapan.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Petaling, Nazaruddin Kasim menegaskan, atas faktor itu, guru kini perlu mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam hal-hal pengurusan murid khususnya displin.
Berkongsi pengalaman, guru yang sudah 28 tahun berada dalam bidang pendidikan ini berkata, guru kini perlu lebih kreatif dalam mendidik anak murid terutamanya dalam membina jati diri.