Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang beri kerjasama baik - TPM
Bernama
Februari 15, 2019 05:14 MYT
Februari 15, 2019 05:14 MYT
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberikan kerjasama baik dalam pembebasan kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey.
"Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey telah dibebaskan. Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberi kerjasama yang baik kepada pihak kerajaan Malaysia. Alhamdulillah," katanya menerusi catatan di Twitter beliau, malam tadi.
Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang Jumaat selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.
Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang mengesahkan perkara itu berkata keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen setelah mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan.
BACA:
Wisma Putra pada Khamis lepas mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Dis tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.
-- BERNAMA
#47 warga Malaysia
#Banteay Meanchey
#ejen pekerjaan
#Kemboja
#mustapha ahmad marican
#penjara
#rundingan
#sindiket
#terima kasih
#Timbalan Perdana Menteri
#tipu
#Wan Azizah Wan Ismail