"Terima kasih atas bantuan dan sokongan anda" - Keluarga Nora Anne
Saraya Mia
Ogos 14, 2019 14:04 MYT
Ogos 14, 2019 14:04 MYT
TIADA nota yang mampu diungkapkan keluarga Nora Anne Quoirin selain daripada meramkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras mencari remaja yang hilang itu sejak dilaporkan 4 Ogos lalu.
Keluarga Nora Anne terharu dengan sokongan kepada mereka sepanjang melalui tempoh yang sukar itu.
Sekalipun masih duka dan sebak dengan pemergian anak sulung berusia 15 tahun itu, pemergiaan Nora Anne mengikat hubungan kasih dan sayang sesama mereka.
Menurut sebuah entri badan bukan kerajaan (NGO) dari Britain, The Lucie Blackman Trust, keluarga Nora Anne berpendapat, kehilangan anak mereka telah membawa bersama ramai pihak, termasuk dari France, Ireland, Britain dan juga Malaysia.
“Nora adalah jantung hati keluarga kami, dia adalah intan paling berharga dan kami sayangkannya teramat-sangat.
"Hati kami berkecai seribu apabila dia diambil dari kami, dan ini tidak senang untuk kami hadap," kata keluarga Nora menerusi entri di Facebook The Lucie Blackman Trust.
Nora Anne dilaporkan hilang dari sebuah resort di Pantai sejak 4 Ogos lalu.
Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba di Malaysia untuk bercuti bersama keluarganya selama dua minggu.
Operasi mencari Nora telah berlangsung selama 10 hari sebelum satu mayat ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort.
Mayat tersebut telah disahkan Nora Anne oleh ahli keluarganya di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada Selasa malam.
#Britain
#Facebook
#France
#hilang
#Ireland
#keluarga
#Malaysia
#mangsa
#maut
#mayat
#Nora
#nora anne
#Seremban