SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak Kepada Alam Sekitar mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti melibatkan 40 daripada 76 Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor.
Dalam kenyataan Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini, HSK berkenaan masih belum melaksanakan kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan luar hutan itu.
Laporan itu memaklumkan sembilan pewartaan masuk dan tujuh pewartaan keluar HSK masih belum selesai disiar warta melibatkan tempoh antara satu hingga tujuh tahun daripada tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) manakala seluas 106,754.66 hektar (42.5 peratus) HSK masih belum diwartakan mengikut 12 kelas fungsi.
"Pencapaian keberhasilan memberikan impak negatif terhadap aspek sosial dan alam sekitar kesan daripada ketidakpatuhan aktiviti kuari serta konflik hidupan liar," menurut laporan itu.
Laporan itu turut mendapati 40 kes penerokaan haram dalam HSK direkodkan dengan keluasan 3,537.01 hektar, iaitu aktiviti pertanian (3,356.67 hektar), penempatan dan infrastruktur (146.08 hektar) serta penternakan (34.26 hektar).
Selain itu, terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) di negeri itu bagi aktiviti kuari seperti bekas penyimpanan minyak diletakkan di kawasan terbuka, pengendalian bahan buangan terjadual tidak diuruskan dengan sewajarnya, kesan pembakaran terbuka di tapak kuari dan kualiti air serta udara melebihi had ditetapkan.
Menurutnya lagi, pencapaian output dari aspek kutipan hasil hutan menunjukkan penurunan dan anggaran kehilangan hasil permit penggunaan berjumlah RM7.16 juta bagi pengurusan hutan lipur dan RM1.36 juta untuk ladang hutan.
Dalam pada itu, JAN memaklumkan LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Selangor Tahun 2021 secara kesuruhannya mendapati kedudukan kewangan negeri adalah kukuh.
"Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan bagi Selangor meningkat sebanyak RM358.69 juta atau 14.7 peratus menjadi RM2.804 bilion pada 2021 berbanding RM2.445 bilion pada 2020," menurut laporan itu.
Pada akhir 2021, Selangor mencatatkan lebihan semasa dalam Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM250.34 juta dan lebihan dicatatkan itu adalah apabila hasil yang diterima berjumlah RM2.284 bilion melebihi perbelanjaan mengurus sebanyak RM2.034 bilion dalam tahun semasa.
LKAN dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini dan laporan itu dimuat naik dalam laman web JAN http://www.audit.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Dalam kenyataan Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini, HSK berkenaan masih belum melaksanakan kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan luar hutan itu.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Hamas sahkan adakan perbincangan dengan wakil Amerika Syarkat
Hamas mengesahkan beberapa mesyuarat telah diadakan antara kepimpinan dan Wakil Amerika Syarkat di Doha Qatar.
Konflik Sudan: Badan amal sediakan juadah berbuka
Badan amal menyediakan dan mengedarkan juadah Iftar semasa Ramadan, ketika rakyat negara itu sekali lagi menyambut Ramadan dalam peperangan.
Rancangan serang rumah ibadat direka jenayah terancang
Polis Australia memaklumkan rancangan serangan palsu di rumah ibadat komuniti yahudi di Sydney menggunakan karavan yang dipenuhi bahan letupan direka untuk mengalihkan tumpuan dan sumber penugasan pasukan polis
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

LKAN 1/2025: Nilai semula kadar elaun Ahli Lembaga, KPI syarikat subsidiari - Penganalisis
Teguran yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, perlu disusuli dengan tindakan penilaian semula operasi syarikat-syarikat subsidiari dan agensi-agensi kerajaan dengan segera.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.