Tepis mitos dan ketahui kepentingan 'cloud' untuk perniagaan
Ehsan A Marisah
Disember 6, 2021 15:50 MYT
Disember 6, 2021 15:50 MYT
KUALA LUMPUR: Adakah anda memiliki perniagaan dan inginkan segala urusan dapat dijalankan dengan mudah dan lancar di mana-mana sahaja?
Kini, semua itu mampu anda capai menerusi teknologi awan (cloud), iaitu pusat semua data disimpan, diurus tadbir dan diproses dalam sebuah pelayan (server) yang dihoskan secara maya melalui capaian internet.
Ia disifatkan mampu menjimatkan kos dan meningkatkan keselamatan pengendalian dalam sesebuah operasi selain mempunyai kapasiti penyimpanan data yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kaedah penyimpanan tradisonal.
Di samping itu, ia juga menjimatkan ruang kerana pelayan bersifat maya tidak perlu mendedikasikan ruangan fizikal seperti pelayan tradisional dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos sewaan atau pembelian tapak ruangan sesebuah perniagaan.
Penggunaan teknologi awan turut boleh diguna pakai dalam semua jenis operasi perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Meskipun pelbagai manfaat, masih banyak perniagaan atau organisasi teragak-agak untuk mengadaptasikan teknologi tersebut ke dalam operasi dan pengendalian data perniagaan mereka.
Situasi ini terjadi disebabkan oleh andaian atau mitos yang menyelubungi teknologi itu dan akhirnya mewujudkan salah faham dalam kalangan pengguna khususnya pemilik perniagaan.
Antara mitos yang sering diperkatakan adalah teknologi awan hanya boleh bertindak sebagai pusat data semata-mata dan memerlukan banyak penyelesaian selepas proses transformasinya.
Selain itu, hanya syarikat atau organisasi besar sahaja boleh dan mampu menggunakannya kerana kos yang tinggi serta memerlukan pasukan teknologi maklumat khusus untuk mengendali dan melindungi data daripada terdedah kepada ancaman siber.
Oleh itu, bagi memberi kefahaman serta menepis andaian terhadap teknologi awan kepada orang ramai, pemilik perniagaan dan organisasi, Astro AWANI | LINC dengan kerjasama Maxis Business membawakan sebuah webinar khas menerusi LINC@AWANI - The New Normal Series S39 yang bertajuk “Debunking Cloud Myths For Malaysian Business”.
Webinar ini akan berlangsung pada Khamis, 9 Disember 2021, jam 11 pagi.
Daftar sekarang secara percuma di www.linc.astroawani.com.
Sesi ini dikendalikan oleh penyampai Astro AWANI, Dino Omar; Ketua Segmen Korporat Maxis, Wan Ahmad Kamal dan Ketua Strategi dan Perancangan Pengembangan Gentian Maxis, Fasliza Rosli.