Tentera Udara Korea Selatan, TUDM adakan penerbangan persahabatan di LIMA'23

Bernama
Mei 23, 2023 13:13 MYT
Black Eagles dijadual mengadakan satu hingga dua persembahan sehari, mempamerkan kemahiran pertunjukan udara dan mempromosikan pesawat buatan Korea Selatan. - Gambar fail/ Reuters
SEOUL: Pasukan aerobatik Black Eagles, Tentera Udara Korea Selatan akan mengadakan penerbangan persahabatan dengan jet Malaysia pada Selasa di sebuah lapangan terbang di negara Asia Tenggara itu, sebagai langkah untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala, kata pegawai.
Pasukan aerobatik itu dijadual melakukan penerbangan pada lewat hari ini selepas tiba di Malaysia Khamis lalu untuk menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA'23) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dari Selasa hingga Sabtu.
Selepas majlis pembukaan pertunjukan udara, lapan pesawat T-50B akan terbang bersama tujuh jet Tentera Udara Malaysia, termasuk pesawat F/A-18, untuk mempromosikan hubungan mesra antara kedua-dua pihak, menurut Tentera Udara Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Sepanjang pertunjukan udara itu, Black Eagles dijadual mengadakan satu hingga dua persembahan sehari, mempamerkan kemahiran pertunjukan udara dan mempromosikan pesawat buatan Korea Selatan.
Tentera Udara menggerakkan sembilan jet T-50B dan tiga pesawat pengangkut C-130, bersama kira-kira 110 anggota, untuk menyertai acara itu.
-- BERNAMA
#LIMA'23 #Tentera Udara Korea Selatan #Black Eagles #TUDM
;