Tentera gagalkan cubaan PATI masuk Malaysia di Serikin
Bernama
Mei 3, 2017 07:34 MYT
Mei 3, 2017 07:34 MYT
Anggota Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang ejen warga Indonesia yang cuba memasuki kawasan sempadan tanpa dokumen sah di Serikin pada Rabu malam.
Pegawai Memerintah 4KAD, Lt Kol Mohd Nizam Masri berkata PATI terdiri dari sembilan wanita dan seorang lelaki dan ejen tersebut ditahan ketika anggotanya sedang melaksananakan Ops Awas kira-kira 10 malam.
"Kumpulan PATI ini dari datang dari arah Jagoi Babang (Wilayah Indonesia) dan cuba memasuki sempadan melalui pos sekatan jalan raya di kawasan tanggungjawab (KTJ) Serikin. Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Anggota 4KAD kemudian menghubungi pegawai Imigresen Serikin untuk memaklumkan perkara tesebut memandang tiada sebarang dokumen yang sah dibawa oleh kesemua PATI tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Nizam berkata maklumat awal mendapati semua PATI itu berasal dari Jawa Tengah yang telah menaiki pesawat ke Pontianak, Kalimantan dan kemudian bercadang menggunakan laluan darat bagi memasuki sempadan dengan dibantu ejen tersebut.
"Seorang PATI memaklumkan tujuan mereka memasuki Malaysia adalah untuk berniaga di Serikin. Mereka perlu membayar kepada ejen berkenaan sebanyak Rp1 juta jika berjaya mendapat pekerjaan di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA