KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) akan mengenal pasti punca kejadian seorang penuntut yang maut akibat strok haba ketika menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) semalam.
Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memberitahu TD memandang serius insiden berkenaan dan akan melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian sistem latihan sedia ada.
Menurut kenyataan itu, TD juga sedang mengusahakan segala bantuan dan kelayakan bagi membantu waris Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar.
Menurut kenyataan itu 10 penuntut kursus rebah secara berperingkat di beberapa lokasi sepanjang laluan eksesais Wira Lasak di kawasan Lapang Sasar Utara, PULADA pada Jumaat lepas.
Eksesais Wira Lasak adalah ujian jalan laju sejauh 8 kilometer.
Kenyataan itu menyebut kesemua penuntut telah dirujuk ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan awal dengan tiga daripada mereka dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail kerana tidak sedarkan diri.
"Bagaimanapun, Emil Syahid disahkan meninggal dunia akibat strok haba semalam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu dua penuntut yang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi telah dibenarkan keluar manakala lima lagi masih berada di wad dan dilaporkan stabil.
"Dua lagi penuntut yang ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Ismail telah sedarkan diri dan beransur pulih namun masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital," menurut kenyataan itu.
Kursus Tempur Pegawai Muda Siri Tiga Tahun 2023 berlangsung dari 18 Sept hingga 5 Jan 2024 di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memberitahu TD memandang serius insiden berkenaan dan akan melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian sistem latihan sedia ada.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
PRU15: Tentera Darat nafi kenyataan tular
TDM menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya PTD membenarkan Menteri Kanan Pertahanan untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.
TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Penerjunan itu dilakukan ketika eksesais yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013.
TDM bina jambatan sementara ke SJSM
Jambatan 'Compact Bailey 200' itu sangat penting sebagai laluan pekerja TNB ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot.
TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Pengambilan perajurit muda Tentera Darat tidak dikurangkan
Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Tentera Darat dan PDRM bekerjasama sekat kegiatan Daish
Tentera Darat turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan pengganas Daesh di negara ini walaupun tidak secara langsung.
Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh - Panglima Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini berkata laporan media Filipina tentang lapan anggota keselamatan negara terbunuh, hanyalah taktik untuk lihat reaksi Malaysia.
Lembaga Siasatan Dalaman TDM ditubuh siasat insiden tentera ditembak di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.