Tengku Puteri Jihan terharu sokongan terhadap Raja Permaisuri

Sinar Harian
September 12, 2019 22:24 MYT
Pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong 30 Julai lalu, Tengku Puteri Jihan (kiri) menyarung persalinan bondanya ketika menyaksikan pertabalan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1984. - Twitter Tengku Puteri Jihan
Puteri bongsu Yang Dipertuan Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah menghargai sokongan netizen selepas bondanya menyahaktifkan akaun Twitter @cheminahsayang pada Khamis.
Tengku Puteri Jihan Azizah melalui Twitter miliknya turut menzahirkan rasa terharu atas sokongan #AmpunTuanku.
"Terima kasih semua untuk kata-kata yang baik ini #AmpunTuanku," tulisnya semalam.
Terdahulu pada awal pagi, netizen menzahirkan rasa terkejut selepas Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Twitter baginda.
Tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya namun beberapa individu dikenal pasti antaranya Firdaus Asraf menjadi penyebab Tuanku berbuat demikian.

Thank you everyone for the kind words on #AmpunTuanku

— T P J (@jihanabdullah27) September 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tindakan pengguna Twitter itu turut mendapat respon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Musa menegaskan, tindakan tegas perlu diambil polis termasuk menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan 'kurang ajar' ini terus 'naik lemak'.
Malah netizen turut menggerakkan kempen #AmpunTuanku sambil mengharapkan baginda mengaktifkan semula akaun Twitternya.
Selepas dikecam, Firdaus Asraf melalui akaun Twitternya, @frdsasrf membuat permohonan maaf sambil menjelaskan dirinya sebagai derhaka.
#akta hasutan #cheminahsayang #Firdaus Asraf #mohon maaf #Musa Hassan #netizen #nyah aktif #polis #Raja Permaisuri Agong #sokongan #Tengku Puteri Jihan Azizah #terharu #Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Twitter