Tengku Natasya pilihan hati Tengku Muhammad Iskandar

Nickyson Nyambar
Oktober 7, 2024 22:47 MYT
Istana Abdulaziz Kuantan sekali lagi bakal dihiasi seri pengantin diraja pada 24, 25 dan 27 Oktober ini. - Foto: Kesultanan Pahang
KUALA LUMPUR : Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini.
Perkhabaran manis mengenai istiadat perkahwinan diraja anakanda ketiga Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diutuskan menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang pada Isnin.
Menurut utusan berkenaan, istiadat itu akan dilangsungkan di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, yang bakal menyaksikan ia bergemerlapan sekali lagi dengan seri pengantin selepas istiadat perkahwinan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangan FD Idzham FD Iskandar.
Sebagai pembuka istiadat perkahwinan, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta, Kuala Lumpur pada Ahad, 6 Oktober.
Istiadat penuh adat resam itu turut dimulakan dengan Majlis Siraman yang dilangsungkan pada hari yang sama.
Malah permulaan istiadat perkahwinan itu dilengkapkan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di lokasi berkenaan.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan beberapa kerabat diraja yang lain.
Ini sedikit perkongsian berkenaan latar belakang pasangan mempelai diraja yang bakal diijabkabulkan di Istana Abdulaziz 24, 25 dan 27 Oktober ini.
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah:
Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan:
#istiadat perkahwinan diraja #Kesultanan Pahang #Tengku Muhammad Iskandar #Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan #Istana Abdulaziz
;