Tengku Adnan hantar notis kepada Tian Chua

Astro Awani
Mac 4, 2013 18:02 MYT
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bakal berdepan tindakan undang-undang atas kenyataan fitnahnya terhadap UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Tian Chua perlu segera meminta maaf kerana mengaitkan UMNO dengan insiden di Lahad Datu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengarahkannya mengambil tindakan itu dengan segera, ujarnya lagi.
“Semua tuduhan Tian Chua tidak berasas sekali gus merosakkan reputasi parti (PKR) itu sendiri” katanya kepada pemberita.
Tengku Adnan dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu bertujuan merosak dan menjatuhkan kredibiliti UMNO yang menjadi tulang belakang barisan nasional (BN).
Notis telah dihantar kepada Tian Chua supaya menuntut permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dalam masa tujuh hari.
Selain itu, Tian Chua perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan permohonan maaf selain menyediakan akujanji bertulis.
Tian Chua juga harus membayar gantirugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung UMNO.
#Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor #Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) #Setiausaha Agung UMNO #Tian Chua #UMNO
;