KUALA LUMPUR: Tender perolehan meriam artileri jenis Self Propelled Howittzer (SPH) untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM) belum lagi dianugerahkan kepada mana-mana syarikat, demikian ditegaskan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Katanya, proses perbincangan aset perolehan melibatkan peruntukan RM854 juta itu masih berjalan antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Justeru, pendedahan mengenai proses perolehan SPH oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah bagi menimbulkan keraguan masyarakat terhadap kerajaan, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi keupayaan kesiagaan Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP) di Lapang Sasar Menembak Praktikal, Kem Sungai Besi, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, mendakwa tender perolehan SPH itu dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat pembekalan yang baru dua tahun ditubuhkan dan bukan menerusi tender terhad.
Hishammuddin berkata proses perolehan untuk memberi penganugerah itu melibatkan banyak agensi, dan bukan sahaja MINDEF dan seperti biasa mereka akan berbincang dengan MOF terlebih dahulu.
"Sebelum ini, surat antara kementerian dan sebagainya adalah rahsia kerajaan kerana kita mempunyai Akta Rahsia Rasmi (OSA) tetapi dalam keadaan sekarang, tiada benda yang rahsia.
"Bagi saya, setakat proses nak beri projek saya tidak risau sangat, tetapi jika maklumat rahsia berhubung kait dengan peralatan dan boleh menjejaskan kesiapsiagaan kita boleh bocor kepada musuh, itu lebih membimbangkan," katanya.
Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara MINDEF, Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Sungai Besi.
Pemeteraian MoU itu menyaksikan Unirazak akan menyediakan 250 tempat setahun bagi tempoh lima tahun untuk anak-anak anggota ATM dan warga awam MINDEF mengikuti program dermasiswa pengajian asasi Sastera secara percuma melibatkan kos sebanyak RM15.625 juta.
Mengakhiri lawatannya di Kem Sungai Besi, Hishammuddin turut meluangkan masa melawat Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM dan menyampaikan sumbangan wakalah zakat dan bantuan Pendidikan Yayasan LTAT kepada 74 pelajar sekolah itu dengan jumlah keseluruhan RM80,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Hishammuddin berkata, proses perbincangan aset perolehan melibatkan peruntukan RM854 juta itu masih berjalan antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan (MOF). - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Mindef pertimbang batal atau buka semula tender jika gagal hantar Black Hawk
Mohamed Khaled berkata tindakan sedemikian berdasarkan perjanjian yang termaktub antara kementerian itu dengan syarikat kontraktor dilantik.
Robert Tan didakwa perdaya MoF anugerahkan kontrak RM3.9 bilion kepada Spanco
Dia mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan jawatankuasa pembuka tender sehingga mendoron MoF menganugerahkan kontrak RM3.9 bilion.
300 syarikat mohon tender pakej 1B Lebuhraya Pan Borneo - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya dijangka mengambil masa sebulan untuk menyenarai pendek syarikat sebelum dibawa ke lembaga tender.
Pengarah syarikat kelapa sawit rugi RM1.03 juta terpedaya tawaran tender pajak ladang
Seorang pengarah syarikat tanaman dan sewa ladang kelapa sawit yang beroperasi di Paya Mengkuang kerugian RM1.03 juta selepas terpedaya dengan tawaran tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud.
KPM sasar 45 projek tambah baik sekolah daif siap tahun ini
Sejak 2016 hingga 1 Ogos lepas, 675 projek berkaitan sekolah daif telah siap, 99 dalam proses pembinaan dan 228 pada peringkat prabina.
Tender perlu dianugerah berdasarkan kepada keupayaan, rekod prestasi syarikat - PM
Perdana Menteri berkata ini merupakan prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam menawarkan tender bagi projek-projek besar dalam negara.
Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.56 bilion dalam dana Islam.
Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah
Kontraktor yang berjaya mendapatkan tender bagi projek kerajaan di Sarawak wajib memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas pelantikan.
Tiada lagi projek kerajaan tanpa tender - PM
Beliau juga akan memastikan tiada sebarang unsur ketirisan dan rasuah akan berlaku secara meluas.
Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil
Mudah tunai dianggarkan RM49.16 bilion dalam sistem konvensional dan RM44.09 bilion dalam dana Islam.