Temui mayat rakan dengan kaki dan tangan terikat dalam bilik
Rohana Wahed
Ogos 2, 2018 20:55 MYT
Ogos 2, 2018 20:55 MYT
Kerisauan menunggu rakannya yang tidak turun bekerja seperti kebiasaannya benar-benar menjadi realiti apabila menemui rakannya dalam keadaan tidak bernyawa dengan kaki dan tangan masih berikat di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Tiong Hua di sini petang tadi.
Sebaik sahaja tiba di bilik sewa mangsa jam 3 30 petang, rakannya terkejut menemui mangsa sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu sebentar tadi.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa yang berusia 26 tahun itu dipercayai seorang penjawat awam yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.
Mangsa yang sudah berkahwin berasal dari Kanowit.