Temu Anwar: Pesawat rasmi rosak, PM mohon maaf atas kelewatan

Fareez Azman
Jun 11, 2023 19:44 MYT
Jelas Anwar, kelewatan hampir satu jam itu akibat kerosakan pesawat rasminya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf atas kelewatannya tiba ke program Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ahad.
Jelas Anwar, kelewatan hampir satu jam itu akibat kerosakan pesawat rasminya.
"Sebelum itu saya nak minta maaf, Perdana Menteri tak harus lewat, hari ini saya lambat sebab pesawat rasmi PM rosak.
"Jadi diambil ganti (pesawat) besar sedikit, sebab itu ambil masa 45 minit ganti pesawat... jadi jangan ingat MAS atau AirAsia sahaja lambat. Atas kesabaran anak-anak, saya ucap terima kasih dan minta maaf Naib Canselor USM dan rakan-rakan," katanya.
Beliau tiba di USM kira-kira jam 4 petang sebelum memulakan program Temu Anwar bersama 2,500 mahasiswa Dewan Tuanku Syed Putra pada Ahad.
#temu anwar #lewat #Anwar Ibrahim #pesawat rosak
;