Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tahun ini akan dikenang sebagai tempoh sukar buat negara ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan tragedi pesawat MH17.
Katanya pada waktu negara berduka dengan kedua-dua tragedi itu, seluruh rakyat Malaysia, terus bersatu padu.
"Sama seperti semua rakyat Malaysia, saya juga bersedih atas kehilangan pesawat MH370 dan MH17, dan saya turut sama berdoa untuk mangsa-mangsa dan keluarga mereka, yang akan kekal dalam ingatan saya," katanya menerusi tulisan terbaharunya bertajuk 'Satu Perjalanan Yang Penuh Makna' dalam blog najibrazak.com hari ini.
Beliau berkata sejak kemerdekaan lagi, rakyat Malaysia telah bersatu padu dan bekerjasama ke arah impian yang dikongsi bersama iaitu untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan membangunkan negara.
"Saya percaya, kita boleh terus berjaya mencapai impian yang dikejar bersama selagi kita bersatu-padu, berpandukan nilai-nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama. Saya telah memberikan nama kepada perpaduan dan solidariti ini: r1Malaysia," katanya.
Perdana menteri berkata sejak lima tahun yang lepas, kerajaan berusaha gigih untuk memastikan semangat 1Malaysia dipupuk ke dalam dasar-dasar, yakni seimbang, bertanggungjawab dan merangkumi keperluan setiap rakyat.
Namun, katanya, usaha mendukung konsep 1Malaysia bukanlah terletak atas bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya juga menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.
Najib berkata banyak pengalaman yang ditelah lalui sejak penulisan blognya yang pertama pada 19 Sept 2008 dan perjalanan itu sehingga kini cukup bermakna.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau terharu dengan maklum balas, dorongan malahan kritikan membina tentang pelbagai isu yang diutarakan oleh rakyat menerusi laman web dan juga platform media sosialnya.
"Saya dapat mendengar suara rakyat Malaysia yang membentuk sebuah komuniti maya yang aktif, dan juga berpeluang untuk berhubung dengan saudara dan saudari secara terus dalam pelbagai isu yang melibatkan pembangunan negara.
"Marilah kita teruskan perjalanan ini, dan untuk tujuan ini, saya telah mengemaskini laman web peribadi saya," katanya.
Bernama
Fri Sep 05 2014
Tempoh sukar buat negara tahun ini - Najib
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.