Tempoh reman suspek pembuli 'Pak Ya Cong Codei' dilanjutkan

Nur Fazlizai Ali
Mac 22, 2018 17:04 MYT
Perintah reman terhadap dua remaja yang berusia 17 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik sehingga Ahad. - Foto Astro AWANI
Tempoh reman dua remaja perempuan yang dipercayai menganiaya dan mengaibkan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dikenali sebagai ‘Pok Ya Cong Codei’ dilanjutkan tiga hari lagi.
Perintah reman terhadap dua remaja yang berusia 17 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik sehingga Ahad.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, kumpulan remaja dikatakan bertindak menanggalkan seluar mangsa sebelum menabur pasir ke kemaluanya.
Kedua-dua tangan lelaki lembam itu turut diikat.
Rakaman video berdurasi tujuh saat itu tular di facebook dan mendapat kecaman dari netizen yang berang dengan kejadian berkenaan dan meminta pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Kejadian berlaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Pok ya , 47 tahun yang berasal dari Wakaf Tapai, Marang terkenal sebagai pemuzik jalanan. Di kalangan penduduk tempatan dan sering menghiburkan pengunjung di Pantai Batu Burok.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dilaksanakan.
#mengaibkan #menganiaya #OKU #Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Majistret Kuala Terengganu #Pok Ya Cong Codei #remaja #Rosila Nik #Seksyen 509
;