Tempoh reman pemandu disyaki rogol anak tiri dilanjutkan

Abd Razak Mohd Ali
September 20, 2019 11:35 MYT
Suspek (kanan, duduk) ketika hadir di Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini. Astro AWANI
Tempoh tahanan reman seorang pemandu yang dipercayai merogol anak tirinya, yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), dilanjutkan lima hari lagi sehingga 25 September ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf hari ini.
Pada Sabtu lalu, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Jumaat kerana dipercayai merogol anak tirinya yang kini berumur 15 tahun.
Mangsa dipercayai mula dicabul ketika berumur 12 tahun dan mula dirogol sejak pertengahan Mei 2017.
Suspek yang berumur 49 tahun dikatakan berhenti melakukan perbuatan terkutuk itu apabila mangsa berpindah ke rumah datuknya pada Mei tahun ini.
BACA: Pemandu ditahan cabul, rogol anak tiri OKU
Perbuatan suspek terbongkar apabila mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, pada 13Mei lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
#anak tiri #cabul #Hospital Raja Permaisuri Bainun #Kanun Keseksaan #mangsa #OKU #pemandu #reman #rogol #suspek
;