Tempoh moratorium bauksit dilanjutkan tiga bulan lagi - Wan Junaidi
Bernama
April 8, 2016 15:31 MYT
April 8, 2016 15:31 MYT
Tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang tamat pada 15 April ini disambung tiga bulan lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Pelanjutan tempoh moratorium itu antara lain bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada yang berjumlah hampir empat juta tan metrik 'dikosongkan' atau dieksport.
"Kementerian akan membantu pengeluaran bauksit dan memberi AP (permit eksport) mengikut kapasiti bulanan pelabuhan," katanya dalam sidang media di kementerian itu di sini Jumaat
#berita terkini bauksit
#isu bauksit
#pelanjutan tempoh moratorium
#perlombongan bauksit
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar